Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt
Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian,
pertama-tamanya suka untuk mengajak sahabat2 untuk merenung wasiat Allah
awal-awal lagi kepada Nabi Adam a.s: “Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah
menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk
perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah
sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat
( Al-A’raf : 26)
Taqwa sangat penting, dan di dalam Al Quran, perkataan yang
berkaitan taqwa Allah sebutkan sebanyak 272. Taqwa juga diletakan sebagai
penanda aras kemuliaan manusia oleh Pencipta manusia sendiri (Allah). Perbedaan
manusia dan kemuliaan manusia ditentukan oleh nilai dan kadar taqwanya yang ada
di dalam dadanya. Firman Allah: “Sesungguhnya yang paling mulia di antara
kamu adalah yang bertaqwa.”(Al-Hujurat: 13)
Rasulullah
berpesan juga berpesan agar kita bertaqwa di mana sahaja kita berada,
“Dari Abu Dzar bin Junadah dan Abu Abdurrahman Muadz bin Jabal radhiyallahu’anhuma, dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam baginda bersabda, “Bertaqwalah kepada Allah di manapun engkau berada. Iringilah keburukan dengan kebaikan, nescaya kebaikan tersebut akan menghapuskannya. Dan bergaullah dengan manusia dengan akhlak yang baik.”” (HR Tirmidzi)
Oleh itu, saya menyeru kepada sahabat2 sekalian untuk
menyahut seruan takwa serta di amalkan dalam kehidupan seharian kita,
Berbalik kepada tujuan penulisan pada hari ini ialah
‘manifestasi niat’
Sahabat2 sekalian,
Manifestasi dapat diterjemahkan sebagai ‘perwujudan sbg
suatu pernyataan perasaan atau pendapat’ atau ‘perwujudan atau bentuk dr
sesuatu yg tidak kelihatan’.
Manakala niat pula bermaksud lintasan hati. Para ulama
menggunakan istilah al-qashd ‘maksud’ dan niat sebagai satu makna. Lafaz ‘Qashd’
dalam bahasa arabnya mempunyai erti: Keinginan, maksud, arah dan bangkit untuk
melakukan sesuatu baik itu positif maupun negatif. Lafaz ‘Qashd’ juga boleh diertikan
sebagai jalan yang lurus, di samping bisa juga diertikan sebagai berpegangan
dan arah tujuan. Berdasarkan definisi singkat diatas maka ‘Qashd’ atau
maksudnya adalah bahagian dari suatu kehendak atau al-Iradah yang kekuatannya
mampu mencapai terhadap keinginan yang kuat.
Perkara ini juga tidak bercanggah dengan apa yang telah
diperkenalkan oleh Simon Sinek iaitu konsep ‘Bulatan Emas’ atau lebih dikenali
sebagai ‘Golden Circle’. Bahkan teori ini membuktikan kehebatan agama Islam kerana lebih dahulu menitikberatkan niat dalam usaha memurnikan amalan kita. Teori ini menitikberatkan 'tujuan kita melakukan
sesuatu perkara' secara khususnya kemudian, barulah kita bergerak ke ruang
lingkup yg lebih besar iaitu 'bagaimana untuk melakukan sesuatu perkara' sebelum
kita pergi kepada 'apa yang ingin kita lakukan'. Hal ini kerana, tujuan kita
melakukan sesuatu perkara menjadi kepada kuasa penggerak kepada sesutu perkara.
![]() |
| Golden Circle |
Sebagai contoh, cuba kita tanya diri kita mengapa kita perlu
makan? Pasti setiap jawapan akan berbeza mengikut individu sebagai contoh orang
yang kurang berkemampuan jawapannya ‘aku makan untuk hidup’ berbeza dengan
orang berkemampuan maka jawapannya ‘sebab aku lapar’. Maka di sini kita boleh
lihat orang yang kurang berkemampuan akan makan sekadar untuk mengalas perut
berbeza dengan orang berkemampuan akan makan berbagai jenis makanan seperti
pizza, burger, roti jala, roti canai, dan Nasi ayam goreng Alladin (tetiba
masuk menu ni) pada satu2 masa. Tak salah nak makan pelbagai jenis makanan pada
satu2 masa namun berpada-padalah dalam memilih makanan kerana berlebihan dalam
makanan dan minuman mengundang banyak keburukan.
Di antaranya, setiap kali
manusia menikmati kebaikan-kebaikan di dunia, maka bagiannya di akhirat akan
berkurang. Diriwayatkan oleh Hakim dari Abu Juhaifah radhiallahu ’anhu, dia
berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
إِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ شِبَعًا فِي الدُّنْيَا
أَكْثَرُهُمْ جُوعًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ
“Sesungguhnya orang yang
paling banyak kenyang di dunia, mereka adalah orang yang paling lapar di
hari kiamat”. (Diriwayatkan oleh Ibnu Abu Dunya, dengan tambahan
tambahan: Maka Abu Juhaifah tidak pernah makan memenuhi perutnya (kekenyangan)
sampai meninggal dunia. Dishahihkan oleh Al-Albany dalam kitab As-Silasilah
As-Shahihah, no 342)
Umar radhiallahu ’anhu
berkata: “Demi Allah, kalau saya mau, saya yang akan memakai pakaian yang paling
lembut dan makanan yang paling enak serta kehidupan yang paling bergengsi. Akan
tetapi saya mendengar Allah Azza Wa Jalla mengazab suatu kaum karena melakukan
suatu perkara, sebagaimana Allah berfirman:
( أَذْهَبْتُمْ
طَيِّبَاتِكُمْ فِي حَيَاتِكُمُ الدُّنْيَا وَاسْتَمْتَعْتُمْ بِهَا فَالْيَوْمَ
تُجْزَوْنَ عَذَابَ الْهُونِ بِمَا كُنْتُمْ تَسْتَكْبِرُونَ فِي الأَرْضِ
بِغَيْرِ الْحَقِّ وَبِمَا كُنْتُمْ تَفْسُقُونَ) سورة الأحقاف: 20 ، حلية
الأولياء، 1/49
"Kamu telah menghabiskan
rezkimu yang baik dalam kehidupan duniawimu (saja) dan kamu telah
bersenang-senang dengannya; maka pada hari ini kamu dibalasi dengan azab yang
menghinakan karena kamu telah menyombongkan diri di muka bumi tanpa hak dan
karena kamu telah fasik." (QS. Al-Ahqaf: 20) Hilyatul Aulya, 1/49
Niat juga berbeza maksud dengan keinginan. Contoh mudah cuba
perhatikan perbezaan ayat dibawah:
- Ya Allah aku belajar keranaMu dan semoga aku dapat syahid di atas jalan menuntut ilmu
- Aku teringinlah nak belajar kerana Allah nnt boleh mati syahid sekali.
Ayat nombor satu lebih menunjukkan kepada kezaman yang
membulat dan insyallah pasti akan diberi taufik untuk melakukan amalan kebaikan
tersebut
Manakala ayat nombor dua lebih bersifat sambil lewa atau
peribahasa yang sesuai untuknya mungkin kita boleh kita kiaskan ‘hidup segan
mati tak mahu’. Kata2 ini juga menunjukkan semangat yang tidak seberapa hangat.
Maka
tidak dapat tidak untuk kita sebagai seorg mulism agar menggabungkan niat kita
dengan amal kita kerana dari penjelasan diatas itu sendiri kita dapt fahami
bahawa kaitan antara niat dan amal. Hal ini dapat dibuktikan melalui pengkajian
sains perubatan itu sendiri melalui peranan spinocerebellum. Antara peranannya
ialah sebagai ‘servo comparator’ dimana spinocerebellum akan menganalisis
antara ‘perbuatan yang dirancang’ dengan ‘perbutan yang sedang dilakukan’.
Sekiranya terdapat kesilapan antara mana bahagian maka spinocerebellum akan
menghantar isyarat kepada ‘motor cortex’,’red nucleus’ dan ‘reticular
formation’ untuk memperbaiki semula tindakan kita agar ‘perbuatan yang
dirancang’ selari dengan ‘perbuatan yang sedang dilakukan’ ( Human
Physiology for medical student, Central Nervous
System hal. 110-111)
Oleh itu, penting bagi kita untuk bertanya pada diri kita “mengapa kita belajar dalam bidang perubatan?” ataupun “mengapa kita belajar perubatan di Universiti Al-Azhar?” dan dijawab dengan jawapan yang yakin. Perkara ini penting kerana, jika jawapan yang diberikan secara sambil lewa pasti kita akan sedar bahawa tiada maknanya kita datang ke Mesir untuk belajar perubatan tapi tak datang kuliah.
Amat malang sekali jika di tahun pertama pengajian kita belajar bersungguh-sungguh semata-mata untuk mendapat pinjaman duit ‘rakyat’(JPA atau MARA khususnya ZAKAT) tapi tanggunggjawab terhadap masyarakat tak dapat dilaksanakan.

No comments:
Post a Comment